Tuesday 12 June 2012

Maxis Wireless Broadband

Hari Jumaat lepas dapat call dari Maxis bahagian broadband. Maxis nak bagi free modem dengan less RM10 bil bagi first 5 months. Hmmm.. Macam biasa, kalau hal2 macam ni kena melalui 'menteri kewangan'@wife aku daa.

Selepas diutarakan apa yang sepatutnya kat wife aku, dia setuju. Hihi. Pelik jugak mula tu sebab selalu kalau bab2 nak kena tambah budget ni akan direject mentah2. Kali ni mungkin disebabkan oleh prestasi Streamyx kat rumah kami yang tak menentu ni, so diluluskan.

Entah la apa yang tak kena dengan connection Streamyx kat area kami ni.. Sat OK, sat lembap mengalahkan siput babi. Hmmm. Mungkin sebab Unifi dah boleh pakai area ni so TM sengaja slowkan speed Streamyx ni. Ntah la.

So syaratnya, guna dulu wireless broadband yg Maxis bagi ni. Kalau OK, kami akan duduk dan berbincang lagi. Mungkin tidak akan ada lagi Streamyx di rumah kami. Tengoklah nanti.

Wireless broadband dari Maxis baru saja sampai tadi. Cepat. Katanya hari Rabu baru nak pos. Thank you Maxis. Servis macam ni la customer suka. Buat pengetahuan korang semua, aku adalah pengguna tegar Maxis. Sebabnya? Number handset Maxis aku ni dah masuk tahun ke-12 tahun ni aku pakai. Haha.



Modem wireless dah install dah pun. Nanti aku bagi review performance dia camana k. Of course lah akan dibandingkan dengan Streamyx kami nanti. Tungguuuu...

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment