Tuesday 12 June 2012

Maxis Wireless Broadband

Hari Jumaat lepas dapat call dari Maxis bahagian broadband. Maxis nak bagi free modem dengan less RM10 bil bagi first 5 months. Hmmm.. Macam biasa, kalau hal2 macam ni kena melalui 'menteri kewangan'@wife aku daa.

Selepas diutarakan apa yang sepatutnya kat wife aku, dia setuju. Hihi. Pelik jugak mula tu sebab selalu kalau bab2 nak kena tambah budget ni akan direject mentah2. Kali ni mungkin disebabkan oleh prestasi Streamyx kat rumah kami yang tak menentu ni, so diluluskan.

Entah la apa yang tak kena dengan connection Streamyx kat area kami ni.. Sat OK, sat lembap mengalahkan siput babi. Hmmm. Mungkin sebab Unifi dah boleh pakai area ni so TM sengaja slowkan speed Streamyx ni. Ntah la.

So syaratnya, guna dulu wireless broadband yg Maxis bagi ni. Kalau OK, kami akan duduk dan berbincang lagi. Mungkin tidak akan ada lagi Streamyx di rumah kami. Tengoklah nanti.

Wireless broadband dari Maxis baru saja sampai tadi. Cepat. Katanya hari Rabu baru nak pos. Thank you Maxis. Servis macam ni la customer suka. Buat pengetahuan korang semua, aku adalah pengguna tegar Maxis. Sebabnya? Number handset Maxis aku ni dah masuk tahun ke-12 tahun ni aku pakai. Haha.



Modem wireless dah install dah pun. Nanti aku bagi review performance dia camana k. Of course lah akan dibandingkan dengan Streamyx kami nanti. Tungguuuu...

posted from Bloggeroid

Monday 11 June 2012

Cuti sekolah..

Cuti sekolah pertengahan tahun yang lepas family aku and family in-law mai bercuti di Kulim ni. Hari Khamis first week cuti sekolah turn Mama and adik2 aku check-in kat ghumah kami ni. Led tak mai sekali sebab kena jaga kucing2 di Jitra tu. Kesian Led.

Mama sampai hari Khamis tu pun dah petang, so aktiviti melepak ja lah sampai malam. Malam tu aku gheja lagi, last day. So esoknya Jumaat pun takdak apa2 perancangan sebab aku selaku tourist guide masih penat.

Jumaat malam tu baru bermula aktiviti. Kami semua pi makan kat Perda. Mana lagi kalau tak bukan nasi arab Qasar Hadramawt. Try menu baru malam tu, lamb madghud. Chicken kabsah pun order jugak. Alhamdulillah adik2 aku semua suka. Adik2 aku kuat makan. Keturunan kot. Takdak sorang pun yang makan sikit2 ni. Hihi..

Keesokannya, awai2 pagi lagi sesudah Subuh aku dah keluaq pi cari breakfast. Nasi lemak bungkus, kuih-muih and ayaq kotak. Ayaq kotak? Nak buat apa breakfast dengan ayaq kotak nih. Hmmm. Sebenarnya kami nak pi mandi2 di air terjun Sedim pagi tu. Tak jauh pun dari ghumah aku ni, about 30 mins travelling by car.









Seingat aku last time aku pi sana lebih kurang dua minggu sebelum Aisy lahir. Dah 2 tahun lamanya. Lama jugak tu. Kami bertolak awai. Takut orang ramai, hari Sabtu pulak, cuti sekolah lagi. Kalau sampai awai boleh pilih port yang best sikit.

Sampai saja sana, alhamdulillah, baru dua tiga bijik kereta saja yang kelihatan. Dapat port pun best. Ada antara adik2 aku yang tak mandi pagi sebab nak mai mandi sini. Baguih. Jimat bil ayaq rumah abg dia ni. Haha.





Semua makan kenyang2 dulu. Habih makan apa lagi, aku lah yang pertama turun masuk ayaq. Punya la sejuk ayaq. Patut pun orang lain tak mai awai2 macam kami. Dengan lajunya. Aku pun tak berani nak pi area tengah2 sungai tu. Batu pun licin, risau tergelincir saja. Orang kata sungai ni dah makan ramai orang. Tapi bukan area yang kami mandi ni la. Safety first.

Aisy and ibu pun tak ketinggalan turun mandi sama. Tapi Aisy turun sat saja dah ketaq2 tangan dia, biru. Sejuk la tu. Aisy banyak lepak dengan ibu atas batu ja.



Lebih kurang 10.30 kami semua dah siap2 nak bertolak balik ke Kulim. Singgah lunch dulu kat restoran Mutiara Junjung. Balik rumah boleh terus rehat ja. Petang tu kami plan nak ke Mengkuang Dam pulak. Yang tu nanti aku sambung lain masa. To be continued...

posted from Bloggeroid

Sunday 20 May 2012

Tahniah Chelsea..

Jam menunjukkan pukul 2.14 pagi. 16 minit lebih awal dari alarm yang aku set sebelum masuk tidur semalam. Bagus jugak terbangun awai ni, boleh pi toilet bancuh ayaq apa2 yang patut dulu.

On tv, Astro terus ke ch831. Djokovic ngan Federer punya game la pulak. Best jugak kalau layan ni. RF atau nama panjangnya Roger Federer adalah satu2nya fav tennis player aku. Walaupun aku tak pernah serius dalam permainan tenis ni tapi aku sikit sebanyak mengikuti perkembangan player2 top untuk sukan ni. Untuk game semalam RF kalah 6-2, 7-6 tak salah aku. Pada pandangan peribadi aku zaman kegemilangan RF dah agak pudar sekarang sejak munculnya Nadal and Djokovic nih. But he is still in top 3.

Berbalik pada game final CL yang aku dok tunggu. Bayern Munich vs Chelsea. Semestinya Bayern memiliki kelebihan kerana beraksi di gelanggang mereka sendiri. Tetapi Chelsea tidak boleh dipandang ringan kerana di semi final mereka telah menyingkirkan juara tahun lalu dan sebelumnya iaitu Barcelona. Aku memang salute dengan taktik yang kerap digunakan oleh Di Matteo ni. Bertahan and then counter attack. Ternyata berjaya pada semi final dan final pagi tadi.




Bila dah tambah masa pun still draw aku mula membuat tekaan2 sendiri. Nak sembang takdak sapa teman so aku 'twit2' ja lah.




Tekaan aku amat tepat sama sekali. Tahniah Chelsea. Juara CL buat kali pertama dan merupakan kelab Inggeris ke-5 yang dapat menjulang kejuaraan CL ni. Aku sebagai penyokong tegar Manchester United tumpang gembira dengan kejayaan ini. Selesai solat Subuh aku sambung tidur aku.

posted from Bloggeroid

Wednesday 16 May 2012

Nasi Arab Qasar Hadramawt



Isnin lepas, kami (aku, bini aku dan anak aku) pi makan kat satu restoran nasi arab ni. Nama restoran tu Restoran Qasar Hadramawt.. Kawan2 kat tempat gheja lama dah dok bising2 pasai tempat ni. Cuma aku ja buat2 tak layan..



Kalau dilihat pada keadaan sekeliling, memang suasana yang amat sesuai untuk yang bawa family mcm aku ni. Berlatarbelakangkan lagu2 arab nya, memang menambahkan masyuk nya kat tempat ni.




Hari tu kami layan nasi lamb kabsah, lebih kurang macam tu la (lupa nak capture menu time tu). Punya la lembut daging kambing tu, memang tak berbau kambing langsung daging tu. Nasi pulak memang best. Mula2 tengok boleh ka nak habiskan ni. Tapi bila dah makan memang akan rasa tak cukup. Satu lagi wife aku order chicken kebab. Agak pedas so yang tak tahan pedas tu jangan order..




Banana shake ni memang best. Wife yang pilih yang ni, aku order rasberry apa ntah. Pun best jugak. Memang disyorkan sangat kedai ni buat kaki2 makan. Wife aku pun dok tanya dah bila nak pi lagi. Berkenaan harga amat berpatutan. Pi layan dulu. Memang berbaloi.. :)

posted from Bloggeroid

Saturday 12 May 2012

Assalam..

Bersua kembali.. Tetapi dengan blog yang baru.. Kali ini aku akan berusaha untuk meng'update' serajin yang mungkin.. Insyaallah..

posted from Bloggeroid