
Isnin lepas, kami (aku, bini aku dan anak aku) pi makan kat satu restoran nasi arab ni. Nama restoran tu Restoran Qasar Hadramawt.. Kawan2 kat tempat gheja lama dah dok bising2 pasai tempat ni. Cuma aku ja buat2 tak layan..

Kalau dilihat pada keadaan sekeliling, memang suasana yang amat sesuai untuk yang bawa family mcm aku ni. Berlatarbelakangkan lagu2 arab nya, memang menambahkan masyuk nya kat tempat ni.

Hari tu kami layan nasi lamb kabsah, lebih kurang macam tu la (lupa nak capture menu time tu). Punya la lembut daging kambing tu, memang tak berbau kambing langsung daging tu. Nasi pulak memang best. Mula2 tengok boleh ka nak habiskan ni. Tapi bila dah makan memang akan rasa tak cukup. Satu lagi wife aku order chicken kebab. Agak pedas so yang tak tahan pedas tu jangan order..

Banana shake ni memang best. Wife yang pilih yang ni, aku order rasberry apa ntah. Pun best jugak. Memang disyorkan sangat kedai ni buat kaki2 makan. Wife aku pun dok tanya dah bila nak pi lagi. Berkenaan harga amat berpatutan. Pi layan dulu. Memang berbaloi.. :)
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment