Sunday, 20 May 2012

Tahniah Chelsea..

Jam menunjukkan pukul 2.14 pagi. 16 minit lebih awal dari alarm yang aku set sebelum masuk tidur semalam. Bagus jugak terbangun awai ni, boleh pi toilet bancuh ayaq apa2 yang patut dulu.

On tv, Astro terus ke ch831. Djokovic ngan Federer punya game la pulak. Best jugak kalau layan ni. RF atau nama panjangnya Roger Federer adalah satu2nya fav tennis player aku. Walaupun aku tak pernah serius dalam permainan tenis ni tapi aku sikit sebanyak mengikuti perkembangan player2 top untuk sukan ni. Untuk game semalam RF kalah 6-2, 7-6 tak salah aku. Pada pandangan peribadi aku zaman kegemilangan RF dah agak pudar sekarang sejak munculnya Nadal and Djokovic nih. But he is still in top 3.

Berbalik pada game final CL yang aku dok tunggu. Bayern Munich vs Chelsea. Semestinya Bayern memiliki kelebihan kerana beraksi di gelanggang mereka sendiri. Tetapi Chelsea tidak boleh dipandang ringan kerana di semi final mereka telah menyingkirkan juara tahun lalu dan sebelumnya iaitu Barcelona. Aku memang salute dengan taktik yang kerap digunakan oleh Di Matteo ni. Bertahan and then counter attack. Ternyata berjaya pada semi final dan final pagi tadi.




Bila dah tambah masa pun still draw aku mula membuat tekaan2 sendiri. Nak sembang takdak sapa teman so aku 'twit2' ja lah.




Tekaan aku amat tepat sama sekali. Tahniah Chelsea. Juara CL buat kali pertama dan merupakan kelab Inggeris ke-5 yang dapat menjulang kejuaraan CL ni. Aku sebagai penyokong tegar Manchester United tumpang gembira dengan kejayaan ini. Selesai solat Subuh aku sambung tidur aku.

posted from Bloggeroid

Wednesday, 16 May 2012

Nasi Arab Qasar Hadramawt



Isnin lepas, kami (aku, bini aku dan anak aku) pi makan kat satu restoran nasi arab ni. Nama restoran tu Restoran Qasar Hadramawt.. Kawan2 kat tempat gheja lama dah dok bising2 pasai tempat ni. Cuma aku ja buat2 tak layan..



Kalau dilihat pada keadaan sekeliling, memang suasana yang amat sesuai untuk yang bawa family mcm aku ni. Berlatarbelakangkan lagu2 arab nya, memang menambahkan masyuk nya kat tempat ni.




Hari tu kami layan nasi lamb kabsah, lebih kurang macam tu la (lupa nak capture menu time tu). Punya la lembut daging kambing tu, memang tak berbau kambing langsung daging tu. Nasi pulak memang best. Mula2 tengok boleh ka nak habiskan ni. Tapi bila dah makan memang akan rasa tak cukup. Satu lagi wife aku order chicken kebab. Agak pedas so yang tak tahan pedas tu jangan order..




Banana shake ni memang best. Wife yang pilih yang ni, aku order rasberry apa ntah. Pun best jugak. Memang disyorkan sangat kedai ni buat kaki2 makan. Wife aku pun dok tanya dah bila nak pi lagi. Berkenaan harga amat berpatutan. Pi layan dulu. Memang berbaloi.. :)

posted from Bloggeroid

Saturday, 12 May 2012

Assalam..

Bersua kembali.. Tetapi dengan blog yang baru.. Kali ini aku akan berusaha untuk meng'update' serajin yang mungkin.. Insyaallah..

posted from Bloggeroid